Mohd Hafiz bin Mohd Saadon, 24 tahun, dilahirkan di Selangor, Malaysia. Beliau merupakan graduan Ijazah Muda Sains (Fizik Gunaan) dari Universiti Malaya. Beliau kini bertugas sebagai Pembantu Penyelidik dan Pengajar di Makmal Fizik Angkasa, Jabatan Fizik, Universiti Malaya. Beliau meminati Astronomi, Sejarah, Egyptologi, Seni Kartun dan Penulisan.
Lihat profil di Blogger.

Model Heliosentrik Islam

Khamis, 4 Jun 2009

Pada lewat kurun ke-9, Ja'far ibn Muhammad Abu Ma'shar al-Balkhi telah membangunkan sebuah model planet yang dikatakan sebagai model heliosentrik (berpusatkan Matahari). Ini disebabkan putaran orbit planetnya menunjukkan yang ia berputar dalam putaran heliosentrik berbanding putaran geosentrik (berpusatkan Bumi). Walau bagaimanapun, teori planet beliau tidak bertahan, tetapi data astronominya kemudian direkodkan oleh al-Hashimi, Abū Rayhān al-Bīrūnī dan Abu Said al-Sijzi.

Pada awal kurun ke-11, al-Biruni telah bertemu dengan beberapa orang sarjana India yang mempercayai sistem heliosentrik. Dalam catatan perjalanan beliau ke India, beliau telah membincangkan teori tentang putaran Bumi yang disokong oleh Brahmagupta dan beberapa ahli astronomi yang lain, sementara dalam kitab al-Qanun al-Mas`udi fil-Hay`a wal-Nujum (القانون المسعودي في الهيئة والنجوم atau Canon Masudicus) yang bermaksud "Ensiklopedia al-Mas'udi tentang Jasad [Astronomi] dan Bintang (buku ini didedikasikan kepada Mas'ud ibni Mahmud al-Ghaznawi, putera pengasas Empayar Ghaznawi), al-Biruni menulis bahawa pengikut mengenal pasti pergerakan pertama dari timur ke barat Bumi dan barat ke timur bagi bintang tetap yang dipilih. Al-Biruni juga menulis yang al-Sijzi juga percaya bahawa Bumi ini bergerak dan turut mencipta astrolab yang dipanggil "Zuraqi" berdasarkan ilham berikut:

"Aku telah melihat astrolab yang dipanggil Zuraqi dicipta oleh Abu Sa'id Sijzi. Aku amat menyukainya dan memujinya untuk itu, memandangkan ia berasaskan ilham oleh seseorang tentang kesan bahawa gerakan yang kita lihat adalah disebabkan oleh pergerakan Bumi dan bukan pergerakan langit. Demi hidupku, ia merupakan suatu masalah yang sukar penyelesaian dan penyangkalannya. [...] Kerana ia adalah sama sahaja sama ada kamu mengabil Bumi dalam pergerakan ataupun langit. Kerana, dalam kedua-dua kes, ia tidak memberi kesan kepada Sains Astronomi. Ia hanya untuk ahil fizik melihat adakah ia tidak mustahil untuk disangkal."


Al-Biruni juga merujuk secara ringkas tentang karyanya berkenaan penyangkalan heliosentrisme, Miftah 'ilm al-hai'ah (Kunci Astronomi), yang kini sudah hilang:

"Yang paling menonjol bagi kajian mendalam ahli astronomi moden dan purba adalah persoalan tentang pergerakan Bumi, dan cuba untuk menyangkalnya. Kita, juga, telah mengarang buku tentang subjek yang dipanggil Miftah 'ilm al-hai'ah, yang rasanya kita telah mengatasi nenek moyang kita terdahulu, jika bukan dalam perkataan, dalam semua perkara."

0 coretan

Catat Ulasan

Catitan