Mohd Hafiz bin Mohd Saadon, 24 tahun, dilahirkan di Selangor, Malaysia. Beliau merupakan graduan Ijazah Muda Sains (Fizik Gunaan) dari Universiti Malaya. Beliau kini bertugas sebagai Pembantu Penyelidik dan Pengajar di Makmal Fizik Angkasa, Jabatan Fizik, Universiti Malaya. Beliau meminati Astronomi, Sejarah, Egyptologi, Seni Kartun dan Penulisan.
Lihat profil di Blogger.

Merintis Melangkaui Sempadan

Ahad, 31 Mei 2009

Didorong semangat dalam pencarian ilmu, juga sempena Tahun Astronomi Antarabangsa 2009, dengan lafaz "Bismillahir Rahmaanir Rahiim", saya akan memulakan blog berkenaan dengan bidang kerjaya saya, astronomi, ilmu falak dan kosmologi. Insya Allah, ilmu-ilmu tersebut akan disampaikan dengan baik dalam Bahasa Melayu untuk tatapan semua. Semoga ilmu yang baik dapat dimanfaatkan bersama.

0 coretan

Catat Ulasan

Catitan